Tuesday, June 7, 2011

.

Taksuka lah adik-beradik semua takde kat rumah. Bosan tahu tak. Takde teman nak berborak, takde teman nak bercerita, takde teman nak tengok tv sama-sama, takde teman nak makan, takde teman nak jerit-jerit suruh kemas rumah, takde teman nak drop-drop. Ha kakak-kakak plus adik-adik sekalian ( walaupun selalu gaduh mulut dengan Kinah, maklumla jurang umur yang amat besar haha ), selalu tinggalkan kiah sorang-sorang kan. Mencimencimenci ! *gaya iklan Nippon Paint*. Kau pulak kiah dah tahu adik-beradik tinggal dua kerat je kat rumah pegi minum kopi kenapa. Kan dah susah nak tidur padan lah muka (:

Baru lah bernafas sikit dah duduk rumah sendiri ni. Lepas exam haritu busy dengan perkampungan. Jejak kaki ke rumah pun untuk mandi melawa solat pergi sekolah balik. Mathurat pun kau taksempat nak baca apatah lagi al-Quran mashaAllah. Nampak dah keburukan perkampungan di situ haha takdelah gurau je. Makanan hari-harian pun biskut Oat Krunch yang dibelikan oleh Abah. Tu punn flavour original and beriberi. Kata abah ; Dark chocolate dah habis. Gila tak masyuk makan weh. Rasa kenyang je bila makan sepaket. Memang tepu perut makan oat Krunch hari-hari. Bajet hari Rabu masa habis perkampungan tu nak pergi bergonjeng dengan teman-teman, tengok Abah fetch and kata jom balik rumah. Haiyaa masa tu memang merajuk habis lah. Tapi takpelah balik je rumah and Myra join sekali. Balik rumah capai rokok arab ( Ini bukan rokok tau. Ini biskut hihi ) dan makan. Ingat nak lepak Ijan tapi hujan kot masa tu? So takjadi lah kann. Habis makan and tengok khurafat, tiba-tiba Ibu call and tanya Umi bagi tak join pergi Kota Bharu. Lepastu baru lah terhegeh-hegeh tanya Abah boleh tak. Abah suruh tanya Umi and Umi suruh tanya Abah. Ha elok sangat last-last kiah terus pack barang je haha. Salam-salam Umi Abah, Ibu pun fetch kami and terus pergi ke rumah Adlina memandangkan Myra terrrtinggalkan phonenya dekat Adlina. Malam tu teman Myra kemas biliknya dan barang-barangnya. Kami gerak pada pukul 4.30pagi keesokan harinya. Kemain sejuk lagi tidur malam tu. Nak mandi menggigil-gigil je. Masuk kereta lelap terus haha. blablabla, solat Subuh dekat mana entah and breakfast dekat Temerloh. Sampai Kota Bharu dalam pukul3 macam tu. Told you, Kota Bharu punya traffic memang jammed habis ! Bikin stress wa cakap sama lu. Tapi Ibu Ayah gagahkan diri juga ke Pengkalan Kubur hihi. Aku shopping apa benda entah merepek sahaja. Barang mak-mak pulak tu aku shopping haha. Abaikan. Check in pukul6 and rest. Esok pagi breakfast and pergi Pantai Cahaya Bulan. Ibu shopping dekat situ and belanja aku baju hihi thanks Ibu *Myra merajuk masa ni ahaha.

Sampai Terengganu tengah hari. Ayah pergi solat and kami makan dekat Pantai Batu Buruk. Ingat sotong goreng tu murah je rupa-rupanya RM18 and RM16 hambik kau. Ibu Ayah pelik je aku takmakan banyak haha upsss Myra :P Check in rehat kejap and keluar. Myra nak pergi Muzium tapi nasib tak menyebelahinya, Muzium tutup. So pergi rumah Tok and Tokki. Tokki boleh takkenal Kirah ni. Huuuu~ Myra borong rokok Arab di sini haha. Then pergi makan dekat mana entah aku pun taktahu dan kemudian balik hotel. Kami tidak dibenarkan keluar kerana bahaya. Jadi rehat tidur awal sikit malam tu. Bangun pagi mandi siap-siap breakfast and gerak balik. Makan tengah hari dekat Temerloh. Sampai Seremban pukul5.

Blablabla esoknya pergi rumah Adlina. Okay sedih sebenarnya sebab lepak dekat situ kejap je. Tengok gambar mereka : Okay mengundang cemburu haha. Umi selalu cakap kiah sorang je lahir operate sebab tu terlebih peramah, banyak cakap. Padahal Umi taktahu, anak Umi ni lah yang paling pendiam sekali HAHAHA. *No doubt okay. Hantar Pah dekat Kolej Matrikulasi Selangor ( KMS ). Okay Banting maju aku bangga haha. KMS tu pun lawa jugak, kemas. Kira Pah second batch lah selepas KMS ni siap dihuni. Rasa menarik surau mereka besar gila and ada Wi-Fi. So macam semua orang lepak dalam surau, studying, onlining and so on. Nak masuk situ lah haha tiba-tiba je. Sangat benci byebye sebab nanti aku kesunyian. Ingat lagi masa Pah nak masuk matrik tu, macam-macam benda wanita beliau bagi kat aku ( maklum lah ikut perangai Umi taksuka pakai apa-apa ). Pagi nak pergi sekolah tu siap bagi aku duit belanja. Taksanggup nak pandang muka Pah masa tu sebab rasa nak menangis je. Mana boleh nangis depan-depan, malu lahh ! Jatuh ego haha.

Sampai rumah Cikmah petang. Blablabla sakit perut. Esok pagi terlajak tidur sampai 9lebih. Bangun-bangun Umi suruh siap nak shopping-shopping sikit haha poyo gila. Adik Wani sangat comel dan kedekut takbagi kakak Kiah kongsi nyamnyam. Cikmah kata makan lah sikit. Kalau takmakan dan kemudian makan, nanti lagi gemuk. Sangat mengerti ayat tu sebenarnya nak cakap kiah gemuk kan. Okayyyyy. Haha cikmah belanja macam-macam dekat Sungai Besar. Sampai Umi takdapat nak halang. Hee thanks Cikmah <3 Habis cerita sekinchan, pergi lawat kaklang kaknik dekat rumah kaklang. Aku buat muka comel ajak makan chicken chop. Mengidam mestilahhhhh. Nora Elena pun kejar juga, so makan cepat-cepat. yadayada, sampai rumah pukul10.

No comments:

Post a Comment