Tuesday, May 24, 2011

.

Ahhhhhh ! Jom jerrrriit beramai-ramai jom ! Hahaha. Tinggal satu paper je lagi iaitu Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah. Belum habis exam lagi aku dah fikir macam-macam perkara yang nak di lakukan untuk meraikan exam habis :D First thing first, nak try bake cake dlm oven umi haha. Lepastu nak mengemas-ngemas nak masak-masak (kalau rajin) nak berfoya-foya. Lagi apa yee haha.

Tapi takpayah nak bahagia sangat lah Syakirah, sebab serius aku cakap kau, result kalini mesti teruk. Teruk daripada biasa yang selalu teruk tu. Hmm payah gila exam. And serius menyesal study-last-minute. Taknak buat lagi dah ! Penat sampai rasa taknak baca buku langsung. Lepasni study dari awal jom Syakirah :) Nak umiabah bangga kann. Nak adik-beradik gembira kann. Nak 11A+ kann. Lawyer kann. Gaji banyak kann. Kan kan kann. So apalagi, usaha dari sekarang ! :)

Wednesday, May 18, 2011

.

Lebih baik kita taktahu daripada kita tahu.

Yeaaa, the truth may hurt youu. Tapi, sampai bila kita nak lari daripada kebenaran tu kan?

Penatnya... Dan apabila penat, menghadap benda Allah ni lagi menambahkan penat. So, baik tidur je? Eh takboleh, esok kau exam. Eh tapi ngantuk ni. Eh tapiii.. Ahhh macam-macam eh pulak.

Monday, May 16, 2011

.

Mulai sekarang, aku nak tukar perception aku terhadap subjek Bahasa Arab. Since sekolah rendah lagi aku takut dengan Bahasa Arab. Aku punn taktahu nape. Mungkin waktu aku kecik-kecik dulu ( Darjah 5 je punn ). Ada sorang ustaz ni, aku takbawa muqaddam kott? Pastu kena marah. Pastu since tu aku quit dari kelas agama petang dan aku macam phobia dengan Bahasa Arab. Perasaan ni terbawa-bawa sampai ke sekolah menengah sampailah ke Tingkatan Lima ni ha. Belajar punya belajar, pulun punya pulun, hobin punya hobin ( okay takdelah sangat sebab aku takpernah buat latihan yang cikgu-cikgu aku bagi ) dapatlah B dalam PMR 2009. Sedih tak sedih? Orang lain semua dapat straight, kau belok-belok pulak. haiyoohai. Ha lepastu, sumatif dua tahun lepas, malam sebelum exam sempatlah belajar sikit-sikit dengan umi. Hasilnya, lulus hahahaha. Memang Arab aku takpernah A sebenarnya. Dan haritu belajar Arab dengan Pah. Okay Arab ni menarik sebenarnya. Betul taktipu. Korang cuba ah belajar. Cuma ada lah part kena hafal-hafal sikit, tengok dictionary sikit-sikit, putar-belit sikit. Tapi mana nak berjaya kalau tak usaha kann?

And the point is, aku keen nak jadi Peguam Syarie. Tak peguam syarie, something yang ada kaitan dengan Syariah ataupun Sejarah. EEE best best! Tapi kann, Peguam syarie memerlukan seseorang yang hebat bahasa ( BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS DAN KEUTAMAAN KEPADA BAHASA ARAB ). Okay di highlightkan semula, BAHASA ARAB. Weyy bantu aku tolong aku weyy. Aku nak A+ dalam Bahasa Arab Tinggi SPM 2011 ni. Nak sangat! Doakan aku weyy (:

.

Eh apa nak jadi dengan dunia sekarang ni eh. Memang sekarang ni dah tiba zaman fitnah-memfitnah eh? Takhabis-habis nak memfitnah orang lain. Sudah-sudah lah tu. Cuba jadi profesional sikit wahai manusia di luar sana. Memang semua orang dah takde perasaan malu atau tak fikir balik ke kalau benda tu akan reflect kat diri kita balik? Tak dekat dunia ni di reflectkan, dekat akhirat sana. Sesungguhnya Allah akan mematikan ilmu dengan mematikan ulama. Maka pada masa itu, masyarakat akan memilih pemimpin daripada kalangan jahil. Dan apabila ditanya, mereka akan menyesatkan manusia. MashaAllah Nauzubillahhiminzalik.

Saturday, May 7, 2011

.

Allahuakbar. Banyaknya benda taksettle lagi. Banyak nya benda yang suka sangat mensemakkan otak kepala aku. Hmm, sangat taktahu nak taip apa? Yang tahu sekarang ni dekat muka ada satu jerawat yang amat besar. Thanks lah kepada semua yang bertegur-sapa dengan jerawat aku ni ehh :P Taklama lagi ucap byebye pula eh. Takpayah nak jumpa lama-lama sangat haha.

Minggu yang sangat memenatkan. 2hari lagi nak exam. MashaAllah takstudy apa-apa lagi ni. Serious ! Sempat lagi berfoya-foya dengan jamuan choral speaking. Of all, kurang meriah. Persembahan takjadi pula tu hahahahaha ( sila gelak besar-besar kepada yang memahami ). Makanan banyak lebih dan seperti biasa, paksa semua budak asrama bawa naik asrama share dengan rakan-rakan. Elok lah tu, takdelah membazir.

Bengkel Chemist : BEST. FAHAM.

Bengkel Physics : Okay cikgu Latif eh namanya? Best, kelakar. Takmengantuklah senang cite.

Ada one day ni, Rabu kott? Dengan beraninya dan tekadnya pakai baju Pandu Puteri berkainkan kain hitam petak-petak. Orang lain semua kain plain je. Serius segan. Mana entah dapat kekuatan nak pakai kain tu. Sumpah lepasni taknak pakai dah! Aku balik rumah tengok rumah bersepah gila. Masuk bilik terus menangis. Haha geram sangat. Pastu boleh merajuk dengan pah dan takbercakap langsung dengan beliau. Beliau pujuk siap belikan coklat lagi. Mula-mula macam ego gila lah kann taknak pandang sekalipun apatah lagi makan coklat tu haha. At last cair jugak bila nampak coklat tu macam memanggil-manggil je :PP

Dan kisah baju sekolah pulak, semua capuk sebab rendam dalam clorox. Itu first time rendam dalam chemical subtances yang corrosive dan first time itu juga lah telah me-ruin-kan segalanya. Habis baju aku daripada 5helai, tinggal sehelai je yang boleh pakai dan masih comel untuk di pakai. So, terpaksa lah pujuk-pujuk buat muka comel cantik lawa dekat Abah kesayangan untuk beli baju baru. Dan hasilnya, nak lagi satu bajuuuuuuuuu hahaha.