Friday, April 29, 2011

hmm

Ish, takbaiklah terus nak menghukum seseorang tu kann. Belum tegur lagi dah assume yang orang tu itu lah ini lah. Tak adillah wa cakap sama lu. Macam teruk je perangai seseorang tu kann.

.

Macam suka gila dekat ayat ni. "Kejayaan takkenal orang. Tetapi kejayaan memilih orang". Setuju 100% lahh. Kejayaan memang takkenal siapa yang pandai atau siapa yang kurang pandai. But still, kejayaan sangat memilih orang. Kejayaan cuma akan pergi dekat siapa yang rajin berusaha. Yang malas tu, if takberjaya, jangan nak ngada-ngada salahkan takdirlah, salahkan cikgu la, salahkan kawan-kawan la, salahkan ibu ayah laa, salahkan orang sekeliing la. Sebenarnya kau-orang tu yang bermasalah. So bawa-bawa muhasabah diri lah ea. Ingat, semua yang takkena tu sebenarnya semua datang dari diri kita sendiri. Takpandai nak kawal diri sendiri.

Okay actually tengah cakap pasal diri sendiri. Macam sedih lagi je PMR lapan A. Ni semua salah diri sendiri lah ni ! Malas sangat ! :D

Monday, April 25, 2011

.

Such a tiring week. 7 days schooling for a week. Kau-orang ada? Lepas choral speaking haritu, petang-petang hari aku terasa free lahh sikit. Boleh lahh nak join kelas-kelas tambahan. Takdelahh nak skip-skip kelas. Tapi sebenarnya bahagia lah jugak takmasuk kelas haha. BERUBAH SYAKIRAH. BERUBAH. Petang tu masa dalam kelas aku pergilah jumpa teacher Zahila sebab takfaham part side by side permutations tu. ( Ingat, malu bertanya sesat jalan ye rakan-rakan ). Masa tengah-tengah teacher explained tuu, teacher pegang tangan aku and teacher kata ' berisinya awakkk Syakirahhhhh '. Aku punn macam ' err teacher, saya lahh yang paling kurus sekali untuk pengetahuan teacher ' *sambil gelak haha. Dah tu, masa tu pulak lahh ternampak someone ni. Okay abaikan. Petang tu balik rumah, online kott? Adlina kata takkisah kann kalau beliau nak bercerita. Adlina kata she saw someone tu smoke in front of her. OHMAIGOD OHMAIGOD HOT STORY BABEHHH. Saat tu aku speechless pointless and taktahu nak kata apa. APEAPEJELAHH dalam kepala otak aku masa tu.

Hari Jumaat, pagi tu sekolah macam biasa. Ustazah Zuriyanai takde dalam kelas. Dah deliver ke belum ek? Aku punn taktahu. Terkontang-kanting kehadiran pelajar lima Irsyad tanpa ustazah kesayangann :) Got Chemist workshop petang tu. Kami berempat punn ambil keputusan lepak dekat Ruang Damai. Okay sebenarnya tu je port yang ada sebab cendol tutup haha. Entah macam-macam cerita kami buka. Macam-macam plan kami bincangkan. Ahmoi ahmoi SPM taklepas lagi taksedar kann :PP Aku hanya menjamah roti amaklumlaa, nak diet. Sebab ada someone yang poyo ni suka panggil aku gemukk. Beliau jeles lah tu aku slim and slender. Heh ! Pergi balik jalan kaki, kurus sikit. Okay aku sangat suka bengkel chemist tu sebab macam menarik gila soalan nya. Aku dah lah lemah part mengira macam tu. Semoga improve lah sikit part tuu. Ameen. Mahirah join balik rumah. Soalan awal aku masuk kereta ' Abah, ampangan hujan tak? ' HAHAHAHA ACTUALLY nak pergi pasar malam beli makanan-makanan sikit, lapar. Mana tak nya kau ingat tahan ke makan roti je tengah hari tu. Seperti yang di katakan, aku beli makanan sikit je. Taktahu nape macam sian pulak nak guna duit abah banyak-banyak. Well anak yang baik kann lalala~ Sampai rumah Mahirah macam segan-segan nak makan. Nape entah. Rasa macam nak suap makanan kat mulut Mahirah sampai makanan tu habis :DD Mahirah balik je, Acik sampai rumah. Masa mereka solat, aku punn bancuh-bancuh ah air. Dah tuu, cepat-cepat siap nak g rumah Kak Ida. Okay baby kak Ida sangat comel ! Chinese look, putih gila comel amat.

Wednesday, April 20, 2011

WE DID IT !

Ada ke orang yang taksabar balik-balik rumah tukar baju swtich on kipas paling kuat terus menghadap komputer macam aku? Haha. Ada ke orang lain yang menang sesuatu pertandingan tapi masa latihan je taknak berlatih? Berlatih taksampai lima minit, penat nya sejam. Berlatih lima minit je. alaaa bosannya menyanyi jomm. Berlatih lima minit je, gelak terbahak-bahak dua jam. Berlatih lima minit je, makan nya tiga jam? Ada ke orang lain macam ni? Ada ke? Takde kann? Ha tu lahh rahsia kejayaan kita-orang wehh. Number dua out of eighteen school tu wehh hihi timbul sedikit kebanggaan di situ ye. Yes hari ini kami berjaya mengharumkan nama SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SHEIKH HAJI MOHD SAID, SEREMBAN dengan merangkul naib juara dalam pertandingan CHORAL SPEAKING peringkat Daerah 1. Alaaahai peringkat daerah je punn wehh haha. Takpe takpe, kami sekolah agama punn boleh berjaya. Cuma tu lahh, johan bagi dekat Kolej Tunku Kurshiah lah kann. Tahniah anda (:

TAPI. ADA TAPI yeeee, Konduktor Terbaik bagi Pertadingan Choral Speaking ni dimenangi oleh Nur Adlina binti Mohd Paiz ! *clapproudclap* Tahniah ye gedik :P Jangan nak bangga sangat nama kau ada kat sini. Tapi the best speakers dimenangi oleh Nur Syakirah Azhari, Nur Amalina Aminuddin dan Mahirah Mohammad. Kanak-kanak lain tumpang kegembiraan kami lah yeee haha.

Tuesday, April 19, 2011

Rocker

Okay terasa nak menaip. Sekarang sangat takbersuara. Suara takde :(( Ada, tapi macam rock gila ah. Rock ala-ala Noh Hujan. Haha boleh terima ke ? :P Ni semua gara-gara takminum air selama dua hari iaitu Isnin dan Selasa lepas. Tapi kesannya mashaALLAH. SAKIT TEKAK kemudian DEMAM ( masa demam sempat lagi makan aiskrim lepastu kena bebelbebel oleh tiga sahabat dan rakan sekelas ) kemudian SESEME kemudian BATUK dan kemudian JADI ROCKER ( makan aiskrim lagi dan seperti biasa kena bebel lagi oleh orang-orang yang sama ). Semua jumpa dan dengar suara ni mesti gelak. Oi takdelah teruk mana oi ! Tapi mereka bagi nasihat suruh minum air asam. EEUUWW sedap kah? Tidak berani aku. Padahal esok ada competition ni. Choral speaking. Okay guys, pray for us eh. Berhari-hari dah kami berlatih and people expect high from us! Chaiyok chaiyok ! Kita boleh gedik-gedeks sekalian wahahaha.

Saturday, April 16, 2011

Awak triple obes :D

Okay kepada anda yang membaca ini. Saya tahu bawah meja saya ada lolipop eh hahaha.

Wednesday, April 13, 2011

hihi

I dont know what should I feel right now right hereee. Nak excited ke tak eh? Nak bahagia ke tak eh? Ke nak emo? Hahahaha. Enough with those feelings. Hey, minggu ni ramai sangat lah cikgu tak masuk kelas. Cikgu-cikgu semua sibuk ramai sangat orang luar nak melawat sekolah aku yang cantik lagi indah itu. Jadi kami pelajar Lima Irsyad cuma melakukan apa-apa yang patut sahaja ketika ketiadaan cikgu. Sama ada tidur, makan dan tengok-tengok sikit latihan yang belum siap. Pastu bebel bebel bebel sampai penat pastu tidur. Bosan woi hidup cemtu. Nak SPM ke tak nih aiyoooo. Okay esok Mahirah dan Amalina dan Adlina nak datang rumah. To be exact, aku yang paksa mereka datang haha. Yela mereka dah lama sangat takdatang so kena lah datang :DD Dan aku sangat excited hahaha. Adlina kau jangan macam-macam eh kalau tak aku cepuk cabut gigi.

Friday, April 8, 2011

karaoke

Bismillahhirrahmaanirrohimm.
Okay entri kali ini haruslah dalam keadaan tenang dan relakss :) Menghitung hari detik demi detik, SPM nak dekat dah nii kawankawan sekalian. Okay lahh takpayah lah cerita pasal benda itu. Hee pasal Oral BI haritu, malas lahh nak re-do. Terima je lahh kann sebab teacher kata, cara pemarkahannya, mereka akan pilih yang tertinggi antara tiga markah. So, biar pihak mereka sahaja lah yang buat keputusan.

Saat ni rindu gila dekat Adlina Paiz, sebabnya kalau dalam kelas masa tengah bosan-bosan ke kann. Mesti fikir nak nyanyi lagu apa. Pastu memekak lah kat belakang tu dengan Hidayah sekali. Haha bestbest ! Untung kami tahun ini duduk belakang sekali. Jadi, tiada lah lelaki di depan yang akan toleh ke belakang dengan pandangan yang kau-bajet-kitorang-nak-senyap-lahh? HAHA. Okay sebenarnya menyanyi-memekak-melalak ni dah jadi habit since form four lagi. Aktiviti ni sering di lakukan oleh kami iaitu Syakirah Azhari, Adlina Paiz dan Mahirah Mohammad. Sampai orang depan boleh gelak atau menyampah gila lahh dengar kita-orang nyanyi haha.

Friday, April 1, 2011

Take a deep breath

It's already 11:35pm and I'm still onlining. What am I doing in front of this computer without any feelings to offline and off to bed or stalking others' facebook? I cant describe my feelings right now. Only He and me know inside. I have many problem(S), perhaps? Or the problem is one and only, but I think of it over and over like the problem is too big and hard to settle. Oh Allah, please guide me as I'm a weak person. You're the only One ya Allah.

Dear problems, stop bothering me. Or you like me? Enough with all this. I'm tired thinking of you all the time. Why must you aim me? Am I the only in this world?

Heyy Syakirah Azhari, sebagai seorang muslim yang mukmin, ingat lahh. Orang yang beriman itu sentiasa bersabar, bersyukur, reda dan qanaah atas setiap ujian yang diberi-Nya. Sesungguhnya, ujian yang diberi sekarang memberi kebahagiaan pada masa akan datang. Dan seringkali lahh kamu bertaubat dan meminta maaf apabila melakukan kesalahan. Allah menerima taubat hamba-hamba-Nya yang ikhlas untuk berubah ke arah kebaikan, ke arah ingin meningkatkan ketakwaan. Dan ingatlah, kita mesti menjadikan hari esok itu lebik baik dari hari ini. Think about it.

GREATT

ORAL BI.
Memang sangat mengecewakan aku. Yaa I know I can't speak fluently, I can't speaking well. Urggggh ! Mummy oi, geram sangat tu haha. Takde punn sebenarnya. Biasa-biasa sahaja. Aku ni kan seorang yang tenang dan relaks. Tapi apabila orang lain emo, terasa nak join jugak jadi emo. Ishish mudah betul terpengaruh apa nak jadi ni. ( Jangan lakukan aksi ini di rumah ). Malam sebelum nak ORAL tu, baru terhegeh-hegeh nak cari bahan. Kan dah padan muka dapat markah rendah. Tapi teacher allows me to re-do the oral so semua jangan cemburu yeee winkk. Masa teacher panggil nama semua taknak keluar ala-ala segan gitu. Dan tibalah masa nama Adlina Paiz disebut. Aku dengan hebatnya menyuruh dan memaksa Adlina Paiz speaks spontaneously. Beliau punn dengan gagahnya tampil ke hadapan. Tahniah Adlina ! Tupp tupp nama Syakirah Azhari pula disebut. Ha kembang kempis dada aku nak keluar ke taknak, nak pergi depan ke stay dekat tempat duduk tu. Oh noooo ! Pastu dengan muka tak malunya cakap dengan kuat ' Teacher, I'm not ready '. Lepas tu teacher balas-apa-kau-tahu. ' You are ready '. And I replied. ' Okay teacher ' sambil tunduk dan tampil ke hadapan tanpa sebarang text dan ideaa -,- Dan sebagai akibat, dapat markah paling rendah. Tahniah ye Syakirah anda hebat kerana berjaya mendapat markah yang orang lain takdapat.