Tuesday, January 24, 2012

PLKN

Part yang aku paling suka dekat PLKN adalah kelas CB ( Character Building ). Masa first time kitorang dengar KJ ( KETUA JURULATIH ) sebut pembinaan karakter kan, kitorang semua ingat pembinaan kereta. So masing-masing semua excited gila. Rupa-rupanya pembinaan karakter haha. Nak tahu sebab apa? Sebab dalam kelas CB ni cuma ada game jeee. Takpayah berdiri, boleh duduk rehat rehat haha. Tapi kena tahan bila part mesyuarat kumpulan la. Ada ke dia suruh kita jawab " apa yang anda belajar semalam untuk dipraktikkan pada masa akan datang? Bincang dengan kumpulan kecil anda. " haha memang masing masing malas nak berbincang lah kan. Confirm masing masing akan buka cerita sendiri. Bila kita bual-bual kosong, kita telah melanggar peraturan asas yang ke berapa entah. :D Biasa cikgu akan suruh orang yang melanggar peraturan asas tu ke depan and cakap macamni " Anda datang lewat. Anda bersetuju anda telah melanggar peraturan asas? Terima kasih, sila duduk. " haha psycho kan. Ada part yang lagi menarik, loceng kitorang ialah lagu. We have to sit before lagu tu habis. Kalau lagu tu habis korang memang dah kira melanggar peraturan asas la. Haha. Dalam kelas CB ni aku tak suka jugel. Susah gila hokay. Tapi aku berjaya sebab buddy aku berjaya. haha.

PLKN

Okay laptop sangat free sekarang dan tetiba rasa nak menaip. Haha. Wehh, cuti aku tinggal lagi.. err macam less than twenty-four hours je. Alaa sedihnya kena balik kem :( Begini ceritanya.. Masa first week tu, aku okay je dekat Kem de Bana yang agak lama tu. Tiba second week, aku demam. Start demam tu waktu kitorang kena baris satu line untuk ukur ketinggian. Pastu kena jerit number. Masa tu pakai full loreng taw. Tetiba je Cikgu Zura tarik belt aku and suruh pergi melapor dekat Cikgu Jijie aka Cikgu Angry Bird ( okay beliau sangat meminati angry bird, bobooi dan kartun yang seangkatan dengannya. Beliau punya casing handphone gambar angry bird, fail angry bird, entah entah theme handphone pun angry bird ye dakkk haha ). Dah tu pergi je la sbb ingat nak kena buat something something kan. Tengok kena join calon IC Skuad. Masa tu aku malas nak fikir pasal jawatan. Yang aku fikir cuma babe, please understand. Aku tak pandai kawad. apa ni apa nii. Ha orang lain pergi buat KKJ, kau kena berlatih. Adooi memang tak best ah. Tak dapat aku nak bersosial dengan orang ramai. Lepas berlatih tu, aku rasa badan panas gila. Rasa mata pedih and sume sume simptom demam la. Then aku suruh orang rasa dahi aku. Feedback yang aku dapat, " panas nya " " kau demam ni " " kau okay tak? ". Aku just kata yang aku okay je takde pape pun. Ha amek kauuu ! dekat seminggu kau demam. Siap kena amek darah and masuk air lagi. *padan muka kena masuk air sape suruh tak suka minum air. Alasan aku masa tu, minggu tu sangat sejuk. So aku tak boleh minum air, nnt asek nak ke toilet je lah pulak haha. Ni belum cite part kena jemur sebelum interview lagi. EEyai baling heels kat muka tahu lah. Den domam ni kau buleh marah marah den. Cikgu den yang tak bagi den undur diri. hish ! Dah lah waktu masuk office tu, staf office tu boleh kata camni " eh kau bukan budak yang sedih masa hari pertama tu ke? ". aku fikir balik apa yang aku buat masa first day tu. Okay aku dah ingat ! Rupanya aku pelatih first yang nangis masa regist dari seramai-ramai pelatih tu hahaha. Mana tak nya, cikgu dia garang gila hokay. Plus aku nak sama dorm dengan Sarah ( pelatih yang aku baru kenal masa dalam bas. Budak STJ. Tapi beliau buat penangguhan. Sebab nak sambung belajar dekat UTP. So aku dah nampak hikmah aku tak dapat sama dorm and kompeni dengan beliau. Kalau tak, terkontang-kanting lah aku sekarang ni tanpa beliau ) tapi tak dapat huhu sedihhh ! Ha bila nangis, semua cikgu jadi perempuan. Pandai pun berlembut HAHAHAHA.

Ada lagi, masa second day tu. Aku pergi medic ( okay medic tu macam klinik lah. tapi nama dia medik ) haha. Barisan sangat panjang and ramai gila dekat medic sebab sume nak kena hantar ada satu borang ni. Aku pergi perang perang mulut dengan seorang guy ni sebab aku kata sepatutnya aku dekat depan dorang dalam queue tu. Dia suruh suruh aku arah kan members aku buat apa entah. Before tu dia ada panggil aku kakyong ( sape tengok bini biniku gangster mesti faham haha ). Tetiba je aku jerit " aku yang kakyong ke kau yang kakyong? So kenapa nak arah arahkan aku? " haha terdiam budak tu. So since tu ramai gila panggil aku kakyong. Da la. Nanti cite lagi. Malas. haha