Tuesday, June 7, 2011

.

Dan harini sangat membosankan. Malam tadi ingat nak tidur awal. Tapi takboleh tidur pulak. Memang nak kono budak yang buat gua takboleh tidur ni Haha padahal sebab minum mocha petang tu. Pagi bangun abah kejut terus pergi mandi sebab semalam takmandi. Menghadap Maha Besar dan kemudian terlelap. Bangun pukul9 lebih. Abah kata ' tidur lah kiah, tidur sampai petang '. haha itu kinayah ye rakan-rakan. Jangan terpengaruh dengan maksud tersurat dalam ayat tu. Apa je buat harini ek? Takde yang menarik rasanya. Angkat baju sidai baju basuh baju lipat baju hanger baju dan semuanya berkaitan dengan baju sebenarnya. Plus kemas rumah sikit-sikit buang apa-apa yang takpatut hihi. Memang menjadi kegemaran aku membuang-buang benda-benda merepek dekat rumah ni yang membuat semak je. Asal barang takde kat tempat asal je, mesti orang pertama Umi cari adalah anaknya yang bernama Syakirah (: Tapi dah lama takbuat kerja-kerja rumah ni. Rindu pulak. Sampaikan nak tanak nasi tadi taktahu mana tempat letak beras? Lama sangat tu meninggalkan dunia suri rumah ni sampai takingat dah haha. Padahal dalam kereta semalam dah beriya-iya cakap dengan Umi Abah nak masak itu ini. Endingnya abah suruh goreng ikan je. Bosan betul lauk tu =.=' ( Sila bersukur Syakirah ) Dah lah kiah takpandai nak goreng ikan ni. Mesti hancur punya ikan tu hasil tangan aku. Tapi takpelah, Umi dah sambalkan takdelah nampak kecacatan kulit ikan tu haha. Dan apabila petang menjelma. Aku bosannnnnn. Cakap dengan Abah ; kiah rasa kiah nak tidur lah. Abah balas ; Ha? Pagi tadi dah tidur sampai tengah hari. Ni nak tidur lagi tu yang gemuk dan bertambah gemuk tu kiah. Okay thanks abah (:

No comments:

Post a Comment