Tuesday, November 6, 2012

My New Life

Subhanallah.. Berubah sungguh ye Blogger.com ni. Memang nak suruh orang explore balik lah ni. Macam beginner blog pun ada jugak dah ni. Bila Adlina suruh tengok blog dia, baru lah terasa nak sign in blog sendiri setelah sekian lama. Okay dekat enam bulan juga lah meninggalkan blog ni. Dalam enam bulan ni, habis dah satu sem aku kat UIA. Alhamdulillah result keluar lagi dua hari. Perlu ke nak rasa nervous? Entah tetiba aku ni tak berperasaan langsung pulak result nak keluar haha. Kos Undang-undang Susah. Sangat. Sangat susah. Bagi aku la. Duarius(serius) ni, susah gila. Ya, aku mengaku yang memang aku sangat berminat dengan undang-undang sejak dari kecik lagi. Mungkin sebab aku selalu tengok cerita pasal peguam masa kecik-kecik dekat tv kot? Sampai lah aku berjaya belajar undang-undang sebenar. Aku cakap kau, even orang yang dah minat gila cakap susah, ni kan orang yang tak minat langsung? Sian orang tu nak kena paksa diri belajar undang-undang. Sebenarnya takdelah susah mana, tapi sebab law needs people with superb English language, memang aku tak termasuk lah dalamnya. So bagi aku susah lah. Susah nak bina ayat. Nak cari vocab yang sesuai lagi, nak main dengan grammar lagi. Adui baik aku amek TESL macam Adlina gemuk tu je. Tapi takpelah, you can do it Syakirah! Go for your dream! Lawyer to be Syakirah, insyaAllah. Btw cuti ni aku ada bawak balik buku utk sem depan, tapi agak-agak aku akan baca ke tak? Cuba sama sama kita fikirkan jawapannya haha. UIA Life dekat UIA? Hmm best gak la. Tak busy langsung. Ke kos aku je yang tak busy? Aku rasa kos aku je kot yang belum busy lagi. Tapi aku dengar masa degree nanti, budak law boleh jadi gila. Gila nak hafal fakta fakta. Tak silap satu sem 8core courses. Mana tak gila kan? Takpelah, cabaran sebelum nak berjaya. Mana ada benda yang senang-senang datang bergolek kan? Overall classmates semua best best! Cuma nak cari gang 24/7 bersama-sama macam zaman SHAMS dulu, still belum jumpa. Sedihnya rindunya :( Sesungguhnya sahabat itu mencerminkan diri kita sendiri. Jadi bila takde sahabat kat sana, mana nak tahu kesilapan diri sendiri? Camne nak perbaiki diri sendiri? Tapi alhamdulillah UIA ada jugak lah usrah. Kakak Naqibah yang boleh dijadikan rujukan ramai. So, jangan malu bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Lain-lain, kawasan UIA Petaling Jaya tu kecik je. Besar sikit dari SHAMS je. So agak mudah lah aku nak g kelas. Kelas pukul10 bangun 10:05 pun still boleh sampai kelas pukul10:30. Nampak tak betapa laju nya aku siap dan betapa dekatnya kelas aku? Haha. Mahallah + Roommates Alhamdulillah, aku satu mahallah dengan Ros. Apa apa hal Ros. Apa hal Ros. Sian dia aku buat. Tapi apa kan daya Ros, aku sayang kau sorang je haha. Em roommates pula alhamdulillah semuanya okay. Semua satu course. Awal-awal tu kami berempat, tapi lagi sorang tu namanya Syafiqah curang ke CUCMS pula. Jadi tinggallah kami bertiga. Putri, Yasmine, Kyra. Perangai masing-masing takyah cakap lah kan. Memang berbeza. Sorang macam ni sorang macam tu sorang macm nu. Haih takpelah yang penting hidup bersama ni kena sentiasa give and take, forgive and forget. Sedangkan Nabi Muhammad saw pun sentiasa bertolak-ansur dengan umatnya, takkan kita yang umat ni tak boleh nak bertolak-ansur sesama umat kan? (:

No comments:

Post a Comment