Tuesday, January 24, 2012

PLKN

Part yang aku paling suka dekat PLKN adalah kelas CB ( Character Building ). Masa first time kitorang dengar KJ ( KETUA JURULATIH ) sebut pembinaan karakter kan, kitorang semua ingat pembinaan kereta. So masing-masing semua excited gila. Rupa-rupanya pembinaan karakter haha. Nak tahu sebab apa? Sebab dalam kelas CB ni cuma ada game jeee. Takpayah berdiri, boleh duduk rehat rehat haha. Tapi kena tahan bila part mesyuarat kumpulan la. Ada ke dia suruh kita jawab " apa yang anda belajar semalam untuk dipraktikkan pada masa akan datang? Bincang dengan kumpulan kecil anda. " haha memang masing masing malas nak berbincang lah kan. Confirm masing masing akan buka cerita sendiri. Bila kita bual-bual kosong, kita telah melanggar peraturan asas yang ke berapa entah. :D Biasa cikgu akan suruh orang yang melanggar peraturan asas tu ke depan and cakap macamni " Anda datang lewat. Anda bersetuju anda telah melanggar peraturan asas? Terima kasih, sila duduk. " haha psycho kan. Ada part yang lagi menarik, loceng kitorang ialah lagu. We have to sit before lagu tu habis. Kalau lagu tu habis korang memang dah kira melanggar peraturan asas la. Haha. Dalam kelas CB ni aku tak suka jugel. Susah gila hokay. Tapi aku berjaya sebab buddy aku berjaya. haha.

No comments:

Post a Comment