Tuesday, January 24, 2012

PLKN

Part yang aku paling suka dekat PLKN adalah kelas CB ( Character Building ). Masa first time kitorang dengar KJ ( KETUA JURULATIH ) sebut pembinaan karakter kan, kitorang semua ingat pembinaan kereta. So masing-masing semua excited gila. Rupa-rupanya pembinaan karakter haha. Nak tahu sebab apa? Sebab dalam kelas CB ni cuma ada game jeee. Takpayah berdiri, boleh duduk rehat rehat haha. Tapi kena tahan bila part mesyuarat kumpulan la. Ada ke dia suruh kita jawab " apa yang anda belajar semalam untuk dipraktikkan pada masa akan datang? Bincang dengan kumpulan kecil anda. " haha memang masing masing malas nak berbincang lah kan. Confirm masing masing akan buka cerita sendiri. Bila kita bual-bual kosong, kita telah melanggar peraturan asas yang ke berapa entah. :D Biasa cikgu akan suruh orang yang melanggar peraturan asas tu ke depan and cakap macamni " Anda datang lewat. Anda bersetuju anda telah melanggar peraturan asas? Terima kasih, sila duduk. " haha psycho kan. Ada part yang lagi menarik, loceng kitorang ialah lagu. We have to sit before lagu tu habis. Kalau lagu tu habis korang memang dah kira melanggar peraturan asas la. Haha. Dalam kelas CB ni aku tak suka jugel. Susah gila hokay. Tapi aku berjaya sebab buddy aku berjaya. haha.

PLKN

Okay laptop sangat free sekarang dan tetiba rasa nak menaip. Haha. Wehh, cuti aku tinggal lagi.. err macam less than twenty-four hours je. Alaa sedihnya kena balik kem :( Begini ceritanya.. Masa first week tu, aku okay je dekat Kem de Bana yang agak lama tu. Tiba second week, aku demam. Start demam tu waktu kitorang kena baris satu line untuk ukur ketinggian. Pastu kena jerit number. Masa tu pakai full loreng taw. Tetiba je Cikgu Zura tarik belt aku and suruh pergi melapor dekat Cikgu Jijie aka Cikgu Angry Bird ( okay beliau sangat meminati angry bird, bobooi dan kartun yang seangkatan dengannya. Beliau punya casing handphone gambar angry bird, fail angry bird, entah entah theme handphone pun angry bird ye dakkk haha ). Dah tu pergi je la sbb ingat nak kena buat something something kan. Tengok kena join calon IC Skuad. Masa tu aku malas nak fikir pasal jawatan. Yang aku fikir cuma babe, please understand. Aku tak pandai kawad. apa ni apa nii. Ha orang lain pergi buat KKJ, kau kena berlatih. Adooi memang tak best ah. Tak dapat aku nak bersosial dengan orang ramai. Lepas berlatih tu, aku rasa badan panas gila. Rasa mata pedih and sume sume simptom demam la. Then aku suruh orang rasa dahi aku. Feedback yang aku dapat, " panas nya " " kau demam ni " " kau okay tak? ". Aku just kata yang aku okay je takde pape pun. Ha amek kauuu ! dekat seminggu kau demam. Siap kena amek darah and masuk air lagi. *padan muka kena masuk air sape suruh tak suka minum air. Alasan aku masa tu, minggu tu sangat sejuk. So aku tak boleh minum air, nnt asek nak ke toilet je lah pulak haha. Ni belum cite part kena jemur sebelum interview lagi. EEyai baling heels kat muka tahu lah. Den domam ni kau buleh marah marah den. Cikgu den yang tak bagi den undur diri. hish ! Dah lah waktu masuk office tu, staf office tu boleh kata camni " eh kau bukan budak yang sedih masa hari pertama tu ke? ". aku fikir balik apa yang aku buat masa first day tu. Okay aku dah ingat ! Rupanya aku pelatih first yang nangis masa regist dari seramai-ramai pelatih tu hahaha. Mana tak nya, cikgu dia garang gila hokay. Plus aku nak sama dorm dengan Sarah ( pelatih yang aku baru kenal masa dalam bas. Budak STJ. Tapi beliau buat penangguhan. Sebab nak sambung belajar dekat UTP. So aku dah nampak hikmah aku tak dapat sama dorm and kompeni dengan beliau. Kalau tak, terkontang-kanting lah aku sekarang ni tanpa beliau ) tapi tak dapat huhu sedihhh ! Ha bila nangis, semua cikgu jadi perempuan. Pandai pun berlembut HAHAHAHA.

Ada lagi, masa second day tu. Aku pergi medic ( okay medic tu macam klinik lah. tapi nama dia medik ) haha. Barisan sangat panjang and ramai gila dekat medic sebab sume nak kena hantar ada satu borang ni. Aku pergi perang perang mulut dengan seorang guy ni sebab aku kata sepatutnya aku dekat depan dorang dalam queue tu. Dia suruh suruh aku arah kan members aku buat apa entah. Before tu dia ada panggil aku kakyong ( sape tengok bini biniku gangster mesti faham haha ). Tetiba je aku jerit " aku yang kakyong ke kau yang kakyong? So kenapa nak arah arahkan aku? " haha terdiam budak tu. So since tu ramai gila panggil aku kakyong. Da la. Nanti cite lagi. Malas. haha

Saturday, December 31, 2011

babe

I hate the way you change the topic. I was in hard timeeeee. How I wish you to understand me. err pape je la.

Sunday, December 25, 2011

Wednesday, December 21, 2011

Monday, December 19, 2011

16 & 17 Disember 2011

Btw, 15 tu birthday budak poyo yang nama dye Muhamad Fiqri Baharudin. semoga anda jadi lebih matang dan lebih kacak ye :D

16, kyra kejut rakan-rakan solat. Awal gila kot. Haha lepas solat semua tidur. Tinggal kyra sorang tak tahu nak buat apa. Just keluarkan lauk dari dalam peti and... Tidur kot lepastu? Add goreng mihun pagi tadi while aku and myra g kedai beli makanan. Eheeem lagi sorang tu, di sebabkan tidur lewat, kena lah ganti tidur kan haha. Makan memang macam heaven lah. Dalam pukul11 Myra dengan bahagianya drive hantar Add sebab ayahnya kurang kenal jalan-jalan di situ. Kitorang semua ikut and sempat lagi snap images hihi. Emy balik haritu juga. EE menci menci. ah malas lah nak cite lagi. Takde mende pun. Next day punya lah hahaha.

Bangun tak berapa nak awal. Bangun bangun terus pergi breakfast. blablabla petang tu pergi Terminal Two. Okay ni nak cite ni. Rasanya macam agak lawak. Haha. kyra myra siap siap g sana. Kitorang relaks je naik cab. RM12 kot tak silap. Dah masuk entrance tu, Myra nak g draw duit. Tetiba kad CIMB beliau tak berfungsi. Okay dengan takde family nya dekat Seremban, masing-masing macam tak tahu nak buat apa. But still Myra ada RM5 and beliau nak beli air jugak. Haha ada balance boleh lagi beli donut, buy 3 free 1 and each cost RM1. Kitorang hanya mampu duduk di seat yang disediakan je. Last last dapat idea call Kakak. Nasib kakak ada dekat Seremban. Ingat nak mintak duit, tapi kakak tetiba ajak balik rumah. Haha so ikut je la. Duk rumah dua orang je dengan Myra. Okay saya tahu sangat bahaya Add mesti marah saya apa saya kisah kan Add kan :D Malam g PD, hanya sekadar memenuhi jemputan yang dikatakan main-main je. Haha. Balik rumah balik semata nak tunggu kaklang balik. Tengok-tengok beliau tak balik. Grrr gerrammm !

Saturday, December 17, 2011

14 & 15 Disember 2011

Haha maka bermulalah hari hari kesenangan bagi ku, Add, Myra dan Emy. It's heaven baby ! Jadi, aku cuma menghabiskan masa-masa pada hari Rabu tu dengan cuma menonton Drama-drama Korea. Emy mungkin mengemas rumah? Myra lepak rumah rakan yang lain. Add pulak, hilang tanpa khabar berita. Aduuuuuh tetiba rasa macam kosong sangat hidup ni tanpa kamu bertiga. *sweet tak sweet tak HAHAHAHA.

Habis hari Rabu. Tibalah hari yang dinanti-nantikan ataupun dibenci-bencikan oleh kami Pelajar Tingkatan Lima 2011 SMKA SHAMS, iaitu Majlis Akhir Tahun. Err bangun tak berapa nak awal. Menanti Emy and Myra datang rumah sebab nak bersiap di sini. Ada sikit Mak Andam yang boleh touch up touch muka kami yang macam agak pucat lesu akibat penat study haha okay jangan percaya sangat. Macam agak lama jugak lah bersiap. Kannnnn.

Kitorang datang agak awal lah. Orang lain pun tak awal macam kitorang. Bukan senang kitorang nak datang awal awal. And berjaya kot kalahkan Add yang selalu nya datang dulu sebelum orang lain datang -,- Jamuan ni simple, sungguh simple. Biasa, sungguh biasa. Part apa je ea yang menarik? Part Kyra menang anugerah pakaian tercantik kot HAHAHAHA. okay sungguh segan nak naik atas pentas tu. Tapi bila dah naik, sempat lagi berborak-borak dengan Pengetua hehe. So, here we goooooo










Balik tu, kitorang balik rumah Kyra dulu. Memang riuh-rendah lah rumah. Haha masing-masing bercampur-baur perasaan. Last last Emy Myra layan running Man, Kyra Add layan perasaan masing-masing :D Lepas Asar, Umi Abah kata nak pergi hospital hantar dikwan sebab suspek appendix. Tapi pelik la jugak sebab Dikwan tu mana lah pernah nak makan makanan pedas. Kalau gastrik boleh lah jadi. And yes, tekaan aku betul. dikwan kena gastrik. Ahmad Zakwan ni mmg susah nak makan untuk pengetahuan korang semua. Even sesedap mana aku masak pun, kalau dia taknak makan. Memang dia takkan makan. Aduh adik sorang ni.. Dan kemudian kami bergerak ke rumah Myra. Maka bermula lah parti-parti Pink kami ahahahahaha. masak-masak, tengok movie, gosip-gosip, stalking others and so on. Kyra paling awal sekali tidur ( 12:30am ). Next Myra ( 1:30am )----> Add ( 2:30am )-----> Emy ( 4:00am ). Tapi Alhamdulillah, Subuh semua awal :)