Saturday, February 15, 2014

2014

ya Allah I could finally log in to this blog. I tell you, it is really tiring and exhausting to think how to log in to this blog. But Alhamdulillah, when there is a will, there is a way so I managed to write this post. I think I will keep on writing ..... But if.... If I am really rajin and have so much to say and to voice out, I will.

Friday, November 30, 2012

Hey my lovely blog! I think I miss you! haha. Nothing much to share. All I wanted to share is I feel thankful to Allah s.w.t for giving me the chance to stay live in this world with my lovely parents by my side, my siblings, my relatives, my Bestfriends, teachers , friends and him (:

Tuesday, November 6, 2012

My New Life

Subhanallah.. Berubah sungguh ye Blogger.com ni. Memang nak suruh orang explore balik lah ni. Macam beginner blog pun ada jugak dah ni. Bila Adlina suruh tengok blog dia, baru lah terasa nak sign in blog sendiri setelah sekian lama. Okay dekat enam bulan juga lah meninggalkan blog ni. Dalam enam bulan ni, habis dah satu sem aku kat UIA. Alhamdulillah result keluar lagi dua hari. Perlu ke nak rasa nervous? Entah tetiba aku ni tak berperasaan langsung pulak result nak keluar haha. Kos Undang-undang Susah. Sangat. Sangat susah. Bagi aku la. Duarius(serius) ni, susah gila. Ya, aku mengaku yang memang aku sangat berminat dengan undang-undang sejak dari kecik lagi. Mungkin sebab aku selalu tengok cerita pasal peguam masa kecik-kecik dekat tv kot? Sampai lah aku berjaya belajar undang-undang sebenar. Aku cakap kau, even orang yang dah minat gila cakap susah, ni kan orang yang tak minat langsung? Sian orang tu nak kena paksa diri belajar undang-undang. Sebenarnya takdelah susah mana, tapi sebab law needs people with superb English language, memang aku tak termasuk lah dalamnya. So bagi aku susah lah. Susah nak bina ayat. Nak cari vocab yang sesuai lagi, nak main dengan grammar lagi. Adui baik aku amek TESL macam Adlina gemuk tu je. Tapi takpelah, you can do it Syakirah! Go for your dream! Lawyer to be Syakirah, insyaAllah. Btw cuti ni aku ada bawak balik buku utk sem depan, tapi agak-agak aku akan baca ke tak? Cuba sama sama kita fikirkan jawapannya haha. UIA Life dekat UIA? Hmm best gak la. Tak busy langsung. Ke kos aku je yang tak busy? Aku rasa kos aku je kot yang belum busy lagi. Tapi aku dengar masa degree nanti, budak law boleh jadi gila. Gila nak hafal fakta fakta. Tak silap satu sem 8core courses. Mana tak gila kan? Takpelah, cabaran sebelum nak berjaya. Mana ada benda yang senang-senang datang bergolek kan? Overall classmates semua best best! Cuma nak cari gang 24/7 bersama-sama macam zaman SHAMS dulu, still belum jumpa. Sedihnya rindunya :( Sesungguhnya sahabat itu mencerminkan diri kita sendiri. Jadi bila takde sahabat kat sana, mana nak tahu kesilapan diri sendiri? Camne nak perbaiki diri sendiri? Tapi alhamdulillah UIA ada jugak lah usrah. Kakak Naqibah yang boleh dijadikan rujukan ramai. So, jangan malu bertanya kerana malu bertanya sesat jalan. Lain-lain, kawasan UIA Petaling Jaya tu kecik je. Besar sikit dari SHAMS je. So agak mudah lah aku nak g kelas. Kelas pukul10 bangun 10:05 pun still boleh sampai kelas pukul10:30. Nampak tak betapa laju nya aku siap dan betapa dekatnya kelas aku? Haha. Mahallah + Roommates Alhamdulillah, aku satu mahallah dengan Ros. Apa apa hal Ros. Apa hal Ros. Sian dia aku buat. Tapi apa kan daya Ros, aku sayang kau sorang je haha. Em roommates pula alhamdulillah semuanya okay. Semua satu course. Awal-awal tu kami berempat, tapi lagi sorang tu namanya Syafiqah curang ke CUCMS pula. Jadi tinggallah kami bertiga. Putri, Yasmine, Kyra. Perangai masing-masing takyah cakap lah kan. Memang berbeza. Sorang macam ni sorang macam tu sorang macm nu. Haih takpelah yang penting hidup bersama ni kena sentiasa give and take, forgive and forget. Sedangkan Nabi Muhammad saw pun sentiasa bertolak-ansur dengan umatnya, takkan kita yang umat ni tak boleh nak bertolak-ansur sesama umat kan? (:

Tuesday, January 24, 2012

PLKN

Part yang aku paling suka dekat PLKN adalah kelas CB ( Character Building ). Masa first time kitorang dengar KJ ( KETUA JURULATIH ) sebut pembinaan karakter kan, kitorang semua ingat pembinaan kereta. So masing-masing semua excited gila. Rupa-rupanya pembinaan karakter haha. Nak tahu sebab apa? Sebab dalam kelas CB ni cuma ada game jeee. Takpayah berdiri, boleh duduk rehat rehat haha. Tapi kena tahan bila part mesyuarat kumpulan la. Ada ke dia suruh kita jawab " apa yang anda belajar semalam untuk dipraktikkan pada masa akan datang? Bincang dengan kumpulan kecil anda. " haha memang masing masing malas nak berbincang lah kan. Confirm masing masing akan buka cerita sendiri. Bila kita bual-bual kosong, kita telah melanggar peraturan asas yang ke berapa entah. :D Biasa cikgu akan suruh orang yang melanggar peraturan asas tu ke depan and cakap macamni " Anda datang lewat. Anda bersetuju anda telah melanggar peraturan asas? Terima kasih, sila duduk. " haha psycho kan. Ada part yang lagi menarik, loceng kitorang ialah lagu. We have to sit before lagu tu habis. Kalau lagu tu habis korang memang dah kira melanggar peraturan asas la. Haha. Dalam kelas CB ni aku tak suka jugel. Susah gila hokay. Tapi aku berjaya sebab buddy aku berjaya. haha.

PLKN

Okay laptop sangat free sekarang dan tetiba rasa nak menaip. Haha. Wehh, cuti aku tinggal lagi.. err macam less than twenty-four hours je. Alaa sedihnya kena balik kem :( Begini ceritanya.. Masa first week tu, aku okay je dekat Kem de Bana yang agak lama tu. Tiba second week, aku demam. Start demam tu waktu kitorang kena baris satu line untuk ukur ketinggian. Pastu kena jerit number. Masa tu pakai full loreng taw. Tetiba je Cikgu Zura tarik belt aku and suruh pergi melapor dekat Cikgu Jijie aka Cikgu Angry Bird ( okay beliau sangat meminati angry bird, bobooi dan kartun yang seangkatan dengannya. Beliau punya casing handphone gambar angry bird, fail angry bird, entah entah theme handphone pun angry bird ye dakkk haha ). Dah tu pergi je la sbb ingat nak kena buat something something kan. Tengok kena join calon IC Skuad. Masa tu aku malas nak fikir pasal jawatan. Yang aku fikir cuma babe, please understand. Aku tak pandai kawad. apa ni apa nii. Ha orang lain pergi buat KKJ, kau kena berlatih. Adooi memang tak best ah. Tak dapat aku nak bersosial dengan orang ramai. Lepas berlatih tu, aku rasa badan panas gila. Rasa mata pedih and sume sume simptom demam la. Then aku suruh orang rasa dahi aku. Feedback yang aku dapat, " panas nya " " kau demam ni " " kau okay tak? ". Aku just kata yang aku okay je takde pape pun. Ha amek kauuu ! dekat seminggu kau demam. Siap kena amek darah and masuk air lagi. *padan muka kena masuk air sape suruh tak suka minum air. Alasan aku masa tu, minggu tu sangat sejuk. So aku tak boleh minum air, nnt asek nak ke toilet je lah pulak haha. Ni belum cite part kena jemur sebelum interview lagi. EEyai baling heels kat muka tahu lah. Den domam ni kau buleh marah marah den. Cikgu den yang tak bagi den undur diri. hish ! Dah lah waktu masuk office tu, staf office tu boleh kata camni " eh kau bukan budak yang sedih masa hari pertama tu ke? ". aku fikir balik apa yang aku buat masa first day tu. Okay aku dah ingat ! Rupanya aku pelatih first yang nangis masa regist dari seramai-ramai pelatih tu hahaha. Mana tak nya, cikgu dia garang gila hokay. Plus aku nak sama dorm dengan Sarah ( pelatih yang aku baru kenal masa dalam bas. Budak STJ. Tapi beliau buat penangguhan. Sebab nak sambung belajar dekat UTP. So aku dah nampak hikmah aku tak dapat sama dorm and kompeni dengan beliau. Kalau tak, terkontang-kanting lah aku sekarang ni tanpa beliau ) tapi tak dapat huhu sedihhh ! Ha bila nangis, semua cikgu jadi perempuan. Pandai pun berlembut HAHAHAHA.

Ada lagi, masa second day tu. Aku pergi medic ( okay medic tu macam klinik lah. tapi nama dia medik ) haha. Barisan sangat panjang and ramai gila dekat medic sebab sume nak kena hantar ada satu borang ni. Aku pergi perang perang mulut dengan seorang guy ni sebab aku kata sepatutnya aku dekat depan dorang dalam queue tu. Dia suruh suruh aku arah kan members aku buat apa entah. Before tu dia ada panggil aku kakyong ( sape tengok bini biniku gangster mesti faham haha ). Tetiba je aku jerit " aku yang kakyong ke kau yang kakyong? So kenapa nak arah arahkan aku? " haha terdiam budak tu. So since tu ramai gila panggil aku kakyong. Da la. Nanti cite lagi. Malas. haha

Saturday, December 31, 2011

babe

I hate the way you change the topic. I was in hard timeeeee. How I wish you to understand me. err pape je la.

Sunday, December 25, 2011

Wednesday, December 21, 2011

Monday, December 19, 2011

16 & 17 Disember 2011

Btw, 15 tu birthday budak poyo yang nama dye Muhamad Fiqri Baharudin. semoga anda jadi lebih matang dan lebih kacak ye :D

16, kyra kejut rakan-rakan solat. Awal gila kot. Haha lepas solat semua tidur. Tinggal kyra sorang tak tahu nak buat apa. Just keluarkan lauk dari dalam peti and... Tidur kot lepastu? Add goreng mihun pagi tadi while aku and myra g kedai beli makanan. Eheeem lagi sorang tu, di sebabkan tidur lewat, kena lah ganti tidur kan haha. Makan memang macam heaven lah. Dalam pukul11 Myra dengan bahagianya drive hantar Add sebab ayahnya kurang kenal jalan-jalan di situ. Kitorang semua ikut and sempat lagi snap images hihi. Emy balik haritu juga. EE menci menci. ah malas lah nak cite lagi. Takde mende pun. Next day punya lah hahaha.

Bangun tak berapa nak awal. Bangun bangun terus pergi breakfast. blablabla petang tu pergi Terminal Two. Okay ni nak cite ni. Rasanya macam agak lawak. Haha. kyra myra siap siap g sana. Kitorang relaks je naik cab. RM12 kot tak silap. Dah masuk entrance tu, Myra nak g draw duit. Tetiba kad CIMB beliau tak berfungsi. Okay dengan takde family nya dekat Seremban, masing-masing macam tak tahu nak buat apa. But still Myra ada RM5 and beliau nak beli air jugak. Haha ada balance boleh lagi beli donut, buy 3 free 1 and each cost RM1. Kitorang hanya mampu duduk di seat yang disediakan je. Last last dapat idea call Kakak. Nasib kakak ada dekat Seremban. Ingat nak mintak duit, tapi kakak tetiba ajak balik rumah. Haha so ikut je la. Duk rumah dua orang je dengan Myra. Okay saya tahu sangat bahaya Add mesti marah saya apa saya kisah kan Add kan :D Malam g PD, hanya sekadar memenuhi jemputan yang dikatakan main-main je. Haha. Balik rumah balik semata nak tunggu kaklang balik. Tengok-tengok beliau tak balik. Grrr gerrammm !

Saturday, December 17, 2011

14 & 15 Disember 2011

Haha maka bermulalah hari hari kesenangan bagi ku, Add, Myra dan Emy. It's heaven baby ! Jadi, aku cuma menghabiskan masa-masa pada hari Rabu tu dengan cuma menonton Drama-drama Korea. Emy mungkin mengemas rumah? Myra lepak rumah rakan yang lain. Add pulak, hilang tanpa khabar berita. Aduuuuuh tetiba rasa macam kosong sangat hidup ni tanpa kamu bertiga. *sweet tak sweet tak HAHAHAHA.

Habis hari Rabu. Tibalah hari yang dinanti-nantikan ataupun dibenci-bencikan oleh kami Pelajar Tingkatan Lima 2011 SMKA SHAMS, iaitu Majlis Akhir Tahun. Err bangun tak berapa nak awal. Menanti Emy and Myra datang rumah sebab nak bersiap di sini. Ada sikit Mak Andam yang boleh touch up touch muka kami yang macam agak pucat lesu akibat penat study haha okay jangan percaya sangat. Macam agak lama jugak lah bersiap. Kannnnn.

Kitorang datang agak awal lah. Orang lain pun tak awal macam kitorang. Bukan senang kitorang nak datang awal awal. And berjaya kot kalahkan Add yang selalu nya datang dulu sebelum orang lain datang -,- Jamuan ni simple, sungguh simple. Biasa, sungguh biasa. Part apa je ea yang menarik? Part Kyra menang anugerah pakaian tercantik kot HAHAHAHA. okay sungguh segan nak naik atas pentas tu. Tapi bila dah naik, sempat lagi berborak-borak dengan Pengetua hehe. So, here we goooooo










Balik tu, kitorang balik rumah Kyra dulu. Memang riuh-rendah lah rumah. Haha masing-masing bercampur-baur perasaan. Last last Emy Myra layan running Man, Kyra Add layan perasaan masing-masing :D Lepas Asar, Umi Abah kata nak pergi hospital hantar dikwan sebab suspek appendix. Tapi pelik la jugak sebab Dikwan tu mana lah pernah nak makan makanan pedas. Kalau gastrik boleh lah jadi. And yes, tekaan aku betul. dikwan kena gastrik. Ahmad Zakwan ni mmg susah nak makan untuk pengetahuan korang semua. Even sesedap mana aku masak pun, kalau dia taknak makan. Memang dia takkan makan. Aduh adik sorang ni.. Dan kemudian kami bergerak ke rumah Myra. Maka bermula lah parti-parti Pink kami ahahahahaha. masak-masak, tengok movie, gosip-gosip, stalking others and so on. Kyra paling awal sekali tidur ( 12:30am ). Next Myra ( 1:30am )----> Add ( 2:30am )-----> Emy ( 4:00am ). Tapi Alhamdulillah, Subuh semua awal :)

Friday, December 16, 2011

13 Disember 2011

Now ni dekat rumah Myra, sedang menggoreng drumet. Emy suruh baca blog beliau tadi. Mohabbatein Vol II. Babe, done babe ! Tadi menemani Myra kemas kemas ruang tamu. Perlu ke bagitahu segala aktiviti yang sering di lakukan oleh seorang yang bergelar suri rumah? Hihi well, kami berempat iaitu Adlina, Add for short, Amalina, Emy for short, Mahirah, Myra for short. And me hm hmmm Kyra or Kiah for short, sudah tamat sesi persekolahan bagi seorang manusia.

Ya Allah nasib drumet kami tak hangus terbakar jadi hitam legam :D

Okay sambung cerita. Hari habis paper tu, memang hujan lebat sangat sangat. Plan mula mula nak lepak dengan tersayang kejap ke. Tapi masing masing busy and terpaksa settlekan urusan masing masing. Hantar buku teks, jumpa orang tu, jumpa orang ni, cikgu kelas panggil and blablablaaa. Sampai dekat wakaf bawah tu, parents dah tunggu. Okay, takpelah kan. Balik je lah. Sedangkan kami dah plan macam macam nak buat petang tu. Tapi apa kan daya, kita hanya merancang dan Dia yang menentukan. Sebelum masuk dewan petang tu, happy sangat sebab masa tu baru iron baju, and mandi. Bermakna masuk dewan dalam keadaan bersih lah. Lagi perasaan bertambah happy bila mengenangkan yang tu paper terakhir. The End ! Tapi balik tu basah kuyup pulak. Dengan tak jumpa rakan-rakan nya. Sedih kot. Tak suka ending last day pakai baju sekolah tu. Hm hmm.. Balik je rumah rasa macam nak demam je. Selsema menyerang diri ini.

Tuesday, December 13, 2011

Ehemmmmmmmm Ehemmmmmmmmm

Hai org di bawahh!:P mestilah kita tau aktiviti kita..ni kan blog kita,kiah comel yg punye!:D

Alhamdulillah,SPM dah pon habis..paper last tadi hmmm..boleh laa,kan dah hafal kan buku teks PQS tu..kan?kan?:D hmmmm ape nak buat ni dah pukol 4sengah pagi dah...wahhh lepas abis SPM teros xtdo mlm ni tau..excited punye pasal dah abis exam sampai xdpt nk tido dah!!!hahhaha..okk it end up with im posting in this blog..'MY' blog ..haha

Banyak barang xkemas lg nii,tgok emy post gamba kertas2 exam yg telah menjadi kenangan..bnyk betol tgok tadi,gerun..sy rase sy punye pon kuantiti nye bnyk mcm tuu..same lah kite kan emy?kan?:D takpelah malas lah nk kemas,mintak kembar je lah kemas kan:) i'm writing too much in this post..hopefully xde sape lah yg marah..oko senyum selalu..OKAY BYE! :)))))) tgok i'm not single lah:D

hek eheeeeeeeeeeeeem

Wahai orang bawahhhhh ! :P Tahu nyaa kamu ye pasal kerja-kerja seharian kita hahahaha

Monday, December 12, 2011

It's over!

finally!its all will end today..SPM ohh SPM,this word will not exist in my life again..byebye!hee:)

Excited lebih padahal ade 1 lg paper nii hari nii..dengan jarak mase yg panjang dengan Arab haritu,mase yg diberikan telah dimanfaatkan dengan sepenuh nye..dah berape kali dah khatam buku PQS tuu..bangun tido bace,lepas mkn bace,sblom tido bace..sentiase membace nk senang cerite kan...mcm dah ingt semue je!haha:D
xsaba nk tunggu 4sengah bile ad org akan ckp ""Baiklah,masa mnjwb PQS telah tamat..para calon diminta berhenti mnjwb..sile letak kan alat tulis..."tapi nnti sedih jugak kan dah tak dapat bersame "aweks aweks"lg dah...hmmmmmmm
pape pon..doa kan lah ye!OKAY BYE

Sunday, December 11, 2011

ok done!

My first post after living in this world for 17years and 347(xtau betol ke tak,calculator xde) :P
ok dah update kan dah..OKAY BYE! :D

Saturday, December 10, 2011

hmm.

Apa lah nasib di salah mengerti kan. Pernah rasa tak? Haha tak payah rasa. Sakit !

Okay sebab tak dapat pergi Penang je, semua benda jadi tak kena. Mana tak nya, mengharap gila kot dapat pergi Penang tu. Dah lama plan. Tetiba tup tupp Umi panggil dekat ruang tamu kata jangan lah pergi, Umi risau kalau something jadi camne blabla and blabla. Itu okay lagi, consider Umi just cakap je la kan. Dah hari malam nak pergi tu, abah cakap Kakak Kaklang Mad je pergi Penang. Okay sedihh. Sedih sedih sedih, taukid lafzi dah nii. Then duduk rumah macam tak tahu nak buat apa je. Nak buat apa je wei dekat rumah ni? Yang ada TV dan laptop je. Peti? Okay kosong ! Biskut-biskut semua takde. Errr. Memang sakit lah kann.

Friday, November 25, 2011

Overall

Alhamdulillah. Setakat ni tujuh subjek dah selesai yang mana ada lebih kurang tiga belas paper. Banyak kan. kan kann. Tapi ada lagi empat subjek and to be specific, 9 paper. Okay 9 paper tu mengambil masa lebih atau kurang dari tiga minggu untuk selesai. Lepas tu, selesai lah exam exam yang macam agak whoaaa scary nyeeeerr !

First week exam tu macam okay lagi laa. Tiba second week, masyaAllah susah nya susah nya takut nya tough gila boleh dapat A ke tak nii. Padahal tiga subjek je pun second week ni. Serius terkilan dengan paper Physics. Sedih sangat sangat. Tapi kenapa semua macam tak berapa nak faham jeee. Sedih gila kot. Okay lima markah kot. Dah lah satu markah tu akan membezakan antara A- dengan B+. hm hmm. Memang sangat tak tenang jawab paper three. Dah lah paper tu tak berapa nak wangi, dengan emosi nya. Memang sangat terganggu. Experiment tu, hope okay laa. Cuma mampu berserah dan tawakal je sekarang ni. Tapi sebab benda ni la, asik terfikir-fikir. Tak tenang je..

Dengar cite akak batch 2009 nak nikah harini. Waaaah cepat betul jodoh akak tu hehe tahniah. Lama juga bersiar-siar blog members. Nampak sangat dah lama tak stalk korang kann. Haha semua stok nak melepaskan perasaan je. Nak jugak lah camnii :PP

Hey jom kemas rumah kemas bilik and memasak nakk.. Korang kan perempuan, kena lah buat semua semua ni. Camni lah baru seronok. Takkan dah kahwin nanti baru terkial-kial nak belajar kan haha. Rumah ni dah lama tak langgan Majalah Anjung Seri. Rindu pulak nak tengok gambar rumah-rumah yang lawa dengan perhiasannya, warnanya, perabot nya bila tengok Ibu beli majalah Solusi. Front page Majalah tu tak silap ' Menutup aurat tapi hati...' okay tak ingat dah sambungannya. Serius menarik. Ce korang try baca;) Haritu tak sempat pulak nak baca.

Happy Feet : Haha suara penguin Eric tu sangat comel okay. Sangat sangat ! Kalau lah aku dapat dengar suara budak macam tu memang aku cubit-cubit pipi budak tu. Kalau rasa segan nak cubit pun, gelak sorang-sorang. haha comel lah suara tuu. Kitorang book couple seat kot semata-mata tak nak duduk depan-depan. Nanti mesti sakit kepala kena dongak. Tapi kitorang bazirkan tiket tu dengan keluar awal sebab cerita ni macam lambat je haha siapa ajar membazir nii.

Tetiba macam dah lama gila tak jalan-jalan dekat butik-butik shirts ni. Yelaa macam dah tak sesuai je nak masuk butik macam tu lagi. Eh adik Mad g langkawi laa. Haritu dye call tanya nak coklat apa. Dye cakap coklat yang semua orang makan. Tapi kata dengan dye nak coklat yang special untuk kiah sorang jeeee haha. Tapi dye dah balik. Tapi dye tak terus balik rumah. Dye balik asrama dulu. Alaaaaaaaaaa. Nak coklaaaaaaaaaaaaat ! O.o

Saturday, October 29, 2011

smile

Pah inbox me just now. And you make me smile Pah. hihi (:

Tadi jalan jalan dekat blog Adlina Paiz. Tetiba rasa nak cerita pasal perangai budak sorang ni kat dalam kelas hahahaha. Are you ready Adlina to read this ? Just click the [ X ] if you taksanggup baca ni.

Tapi nak citetapi taktahu nak start dari mana haha

.

Sadly speaking,

I AM BORED !

I need my sisters

I miss them

Thursday, October 27, 2011

pah.





Rinduuuuuuu.

Cepat bagi kiah semangatt.